1. DAPAT MELIHAT DAN MENGAMBIL PELUANG
Usahawan pada abad ke-21 bukan
sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga pandai
menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada.
Usahawan yang merebut dan melaksanakan peluang merupakan pra-syarat untuk
berjaya. Sebagai seorang usahawan yang dapat meramal dan menganalisis peluang,
mereka tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada
organisasinya begitu sahaja. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini dikatakan
seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan yang lebih jauh
daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya.
2. MEMPUNYAI MAKLUMAT
Maklumat yang terkini, jelas dan
tepat merupakan sumber untuk bertindak dengan pantas. Bagi usahawan ke-21 ini,
maklumat yang tepat lagi berguna merupakan salah satu faktor untuk mereka
berjaya. Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas, usahawan
haruslah mempunyai kepintaran rangkaian luaran bagi perniagaannya. Kepintaran rangkaian inilah yang akan
membantu usahawan dalam mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat dengan
baik dan berkesan.
3. KREATIF DAN INOVATIF
Usahawan haruslah mempunyai
ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Usahawan yang kreatif dan inovatif ialah
seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat
menterjemahkannnya kepada produk yang dapat dikormersialkan. Usahawan yang
kreatif merupakan usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan
berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. Manakala usahawan
yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yag sentiasa ingin memperkembang
dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. Usahawan pada abad ke-21 perlu
mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi bagi mendapat kelebihan persaingan
terutamanya dalam bidang yang menggunakan teknologi tinggi dan terkini. Jika
tidak, usahawan akan dianggap ketinggalan dan tidak dapat bersaing di pasaran
global. Sebagai contoh, usahawan yang pandai dalam kreatif dan inovasi ini
ialah Datuk Tony Fernandes, kerana beliau mencipta satu penerbangan yang mampu
dinaiki ole semua orang iaitu penerbangan tambang murah. Mungkin orang lain
tidak terfikir hal ini, namun dengan pengalaman dan pemerhatian beliau
menjadikan beliau berjaya sehingga kini.
4. BERFIKIRAN YANG BEBAS
Usahawan pada abad ke-21 pastinya
seseorang yang dapat berfikiran bebas dan matang. Seseorang yang berfikiran
bebas dapat melihat, merebut dan menganalisis peluang yang ada dengan
sendirinya. Usahawan yang berfikiran ini akan sentiasa terbuka mindanya serta
tidak mudah dipengaruhi oleh anasir yang tidak sihat kerana usahawan adalah
peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Usahawan akan menjadikan pendapat orang
lain seperti rakan kongsi, pengurus dan pekerja bawahannya sebagai panduan,
namun segala keputusan akan dibuat berdasarkan semua pihak yang berkepentingan
dengannya.
5. OPTIMISTIK
Optimistick merupakan ciri-ciri
usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikiran positif
terhadap tindakan yang akan diambil. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini
tidak akan pesimis terhadap kesulitan, kesempitan dan kesusahan yang
dihadapinya. Usahawan yang optimistik menganggap segala kesusahan dan kepayahan
merupakan asam garam dalam bidang perniagaan yang akan ditempuhi oleh semua
orang.
6. BERTINDAK SEBAGAI INNOVATOR
Pada abad ke-21 kini, Malaysia
amat memerlukan usahawan yang dapat bertindak sebagai inovator. Inovator boleh
didefinisikan sebagai semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang
baru. Sifat inovator yang terdapat pada diri usahawan memperlihatkan bahawa
mereka adalah seorang yang bijak, panjang akal dan sentiasa berilham. Seseorang
yang berinovasi akan sentiasa memikirkan perubahan serta melaksanakan perubahan
dan membuat pembaharuan yang releven dan realistik. Usahawan yang mempunyai
ciri inovator akan sentiasa membuat pembaharuan dan membawa kejutan kepada
orang ramai kerana tiada yang serupa dengan pembaharuan sebelum ini.
7. MENGAMBIL RISIKO YANG DIPERHITUNGKAN
Seperti sifat umum yang ada pada
seseorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada abad-21 juga perlu
mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa hukum umum bagi sesuatu risiko, ialah
semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, pada abad
ke-21 kini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang
bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.
8. SIFAT KEPIMPINAN
Sifat kepimpinan yang terdapat
dalam diri usahawan haruslah selari dengan matlamat dan visi perniagaannya. Ini
adalah kerana sifat kepimpinan merupakan satu sifat yang amat penting bagi
perkembangan sesebuah perniagaan. Sehingga kini terdapat banyak sifat
kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin, antaranya kepimpinan
karismatik, kepimpinan ‘transactional’, kepimpinan transformasi serta
kepimpinan ‘visionary’.
No comments:
Post a Comment