Saya telah memilih Robert Kuok Hock Nien sebagai salah satu tokoh usahawan yang paling berjaya di Malaysia sebagai hasil kajian tugasan let's blog bagi subjek ENTREPRENEURSHIP SKILL AND BEHAVIOUR (BPME2013) disebabkan beberapa faktor yang menjadikan beliau sebagai salah satu usahawan yang paling berjaya di Malaysia. Beliau seorang yang berusaha keras dalam segala bidang perniagaan yang diceburi. Beliau percaya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih bagi mencapai sesuatu matlamat.
Robert
Kuok Hock Nien (Cina Ringkas: 郭鹤年; Cina Tradisional: 郭鶴年; pinyin: Guō Hènián)
(lahir 6 Oktober 1923, di Johor Bahru, Johor), merupakan ahli perniagaan Cina
Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5
bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh
Asia Tenggara pada tahun tersebut.
Bapanya,
Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong
Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor.
Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang
pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk.
Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000
tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat.
Perniagaan
bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris,
termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian
bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk
memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang
dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.
Titik
permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar
Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd
dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama
Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari
kerajaan.
Beliau
turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik
kerajaan dengan bantuan Felda. Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke
Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Urusannya
mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan
Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi
dengan kerajaan.
Ini
mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore
Airlines(MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara,
Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga
terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang
dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi.
Pada
1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong
kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan
'wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia,
disamping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri'.
Di
Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke
bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan
awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa
Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga
mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post. Dengan menggunakan SCMP, beliau
mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan,
runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau
juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang,
Shangri-la.
Dari
Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang
pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. Ketika
orang lain teragak-agak, Kuok memberanikan diri melabur di Negara bergolak
seperti Indonesia pada tahun 1960an dan Filipina pada 1980an. Hasilnya, beliau
berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak
empat dekat lalu.
Beliau
juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe
Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam,
Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang
kikatakan 'Rangkaian Bamboo'.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment