Thursday, April 3, 2014

cabaran menjadi Usahawan

Cabaran Dalaman.
Cabaran dalaman adalah unsur-unsur yang mencabar kewibawaan seseorang dalam merealisasikan impian. Unsur-unsur ini boleh memberi rangsangan positif atau negatif bergantung kepada tanggapan atau cara bagaimana kita mengatasinya.Sebagai contoh, salah satu cabaran dalaman kepada seseorang usahawan ialah keyakinan terhadap dirinya untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan. Pada peringkat ini, beliau mungkin memikirkan beberapa natijah atau kemungkinan yang akan berlaku ekoran daripada keputusannya menjadi seorang usahawan. Antaranya adalah sama ada berjaya (lebih baik), tiada perubahan (status-quo) atau gagal (lebih teruk).
Masalahnya di sini ialah siapa yang tahu kemungkinan yang mana akan berlaku! Sekiranya, kita tidak mahu mengambil cabaran (melupakan keinginan menjadi usahawan) maka kemungkinan pertama dan ketiga tidak akan berlaku. Dalam ertikata yang lain, perubahan tidak akan berlaku. Untuk mendapatkan perubahan, usahawan perlu kepada cabaran dalaman (mencabar dirinya sendiri – “internal push”).
Untuk mengatasi cabaran dalaman, orang paling baik dapat membantu ialah 'Diri Sendiri'.
Dapatkan nasihat serta pandangan orang lain. Orang lain ini tidak semestinya, “PAKAR” tetapi seorang yang berpengalaman, Guru yang paling baik ialah 'Orang yang berpengalaman' yang kemudiannya akan mendidik ‘pengalaman kita sendiri’.
Bagaimana hendak menimba pengalaman, kalau kita tidak berani mencuba. Oleh itu, anggaplah cabaran dalaman itu umpama ranjau-ranjau yang perlu disisihkan di sepanjang perjalanan tatkala kita memburu cita-cita menjadi seorang usahawan berjaya.

Cabaran Luaran. 

Ia datang dari beberapa peringkat, antaranya seperti :
·         Cabaran seperti tentangan daripada  keluarga
·         Pendapatan tetap vs. pendapatan luwes
·         Menambah pendapatan atau mengurangkan simpanan
·         Pembahagian masa

 Cabaran masyarakat setempat (paradigma mental yang sempit/cetek)
  • ·         Mengapa nak jadi usahawan?
  • ·         Orang Melayu pandai berniaga ke?
  • ·         Kalau tak kaya – kayap!
  • ·         Lebih suka lihat kegagalan daripada kejayaan
  • ·         Lebih suka mengata daripada memberi sokongan
  • ·         Tengok dan lihat apa akan jadi


Cabaran peringkat industri
  • ·         Mencari perniagaan yang sesuai
  • ·         Mendapatkan pembiayaan tambahan
  • ·         Mengeksploitasi insentif dan peluang yang ada
  • ·         Memahami kaedah perniagaan “business model” dalam industri berkenaan
  • ·         Mewujudkan “networking” yang relevan
  • ·         Persaingan (cooperate not compete)
  • ·         Produk dan perkhidmatan (quality, price, customer service, branding etc)


 Cabaran peringkat negara
  • ·         Aspek modal dan pinjaman perniagaan
  • ·         Mampukah kita menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi  iaitu   :

-Sebagai penggerak utama pengembelingan sumber-sumber negara
-Menambah nilai (added-value) kepada produk atau perkhidmatan yang diberikan

-Peneraju dengan memperhebatkan “R & D” dan inovasi yang berterusan

No comments:

Post a Comment