Saya telah memilih Dato' Tony Fernandes sebagai salah seorang tokoh usahawan yang berjaya di dalam blog ini sebagai tugasan individu subjek BPME2013 KEMAHIRAN DAN GELAGAT KEUSAHAWAN disebabkan beberapa faktor seperti faktor jati diri yang beliau ada sehingga beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.
Antara nya ialah disebabkan faktor jati diri beliau yang tinggi. Kejayaan luar biasa selalunya di hasilkan oleh seseorang yang juga mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam setiap langkah yang dilalui. Pertama sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang kearah itu. Dalam diri Tony Fernandes, beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya yang luar biasa dalam menjual barangan kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi alam perniagaan.
Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan ubat secara percuma. Tony sungguh tidak terpikat dengan cara cara bapa beliau berniaga.
Pada sekilas pandang memang ada ciri ciri yang serupa diantara Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga mengorbankan keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap terikat dengan prinsip perniagaan berasas keuntungan dan lestari ( berkekalan).
Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang dan semangat yang kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau. Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.
Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan mampu berdikari di mana sahaja.
Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactive begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat. Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika yang diminati itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental.
Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikap reckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau amat yakin kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.
Bagi menentukan kejayaan, sikap beliau yang fokus kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko. Beliau berkata, ” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Teh Hong Piow di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft, Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.
Latar belakang dan pengalaman Dato' Tony Fernandes.
Tony Fernandes yang kini berusia 50 tahun, dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.
Semasa kecil beliau
kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis
para peniaga tupperware. Dalam usia 13
tahun beliau melanjutkan persekolahan di
England pada tahun 1977 dan seterusnya
lulus di London School of Economics pada
tahun 1987. Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai
auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh
Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.
Sekembalinya ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah
urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.
Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan
dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan
ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice presiden kumpulan bagi kawasan Asia Tenggara. Fernandes
meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah
syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak
oleh kerajaan Malaysia.
Kejayaan
Air Asia dan cara Dato’ Tony Fernandes
membnagunkan Air Asia.
Apa yang amat menarik
tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama
dalam penubuhan dan operasi Air
Asia, syarikat penerbangan tambang murah
yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing
737 yang
usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak
tahun 2001 telah maju dari setapak ke
setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277
buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti,
ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan
penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia. Kini kumpulan Air Asia
berkhidmat melalui 142 laluan dan 78
destinasi dengan sejumlah 400
penerbangan sehari di Asia, dan juga ke
Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,
Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai
negara.
Kisah kejayaan Syarikat
Air Asia yang diterajui beliau bermula apabila Fernandes mendapat peluang
bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001 melalui Datuk Pahamin A. Rajah,
bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna . Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh
DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan
disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba
menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr.
Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang
sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak
rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat
tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua
buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu
pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk
dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai
berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai
orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga
meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun,
selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak
lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan
konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam
tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima
kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa
masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb
September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi,
ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan
pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya
bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya
mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh
sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu
daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan
Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus
daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang
kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes
mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki
kapal terbang.
Pencapaian Fernandes
yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat
penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara
di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit
Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk
mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan
Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak
pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat
penerbangan tambang rendah yang lain.
Ferdandes juga berjaya
merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah.
Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini,
iaitu:
·
Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura
yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
·
Penggabungan syarikat Valuair dari
Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia;
- · Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.
Fernandes juga telah menerima banyak anugerah seperti :
- · "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
- · "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
- · "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
- · "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.
Cara
cara Tony menempuhi Halangan
Kemampuan berkomunikasi
timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang
di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain
itu beliau juga menunjukkan sikap minima
ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat
pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu. Misalnya dalam berurusan dengan
Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah
berhadapan dengan rintangan demi rintangan
yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa.
Walaupun demikian beliau masih boleh
lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik,
sambil menganggap detik detik pahit yang
dilalui hanya sebagai cabaran dalam
mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi
balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.
Sebelum itu, cabaran
yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia
sendiri yang bersikap sinikal terhadap
rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan
semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia
berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan
rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal
dan dimiliki oleh kerajaan.
Setelah mulai berjaya
dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan
Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau
tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu
mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony
never takes no for an answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi
masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia
demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan
laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar
tariff yang berdiskaun. Ini membantu Air
Asia mengukuhkan daya saing ketika
berhadapan dengan Malaysia Airlines dan
syarikat syarikat penerbangan yang lain.
Demikian juga Tony
menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan
terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi sama ada di Asia ataupun atau benua benua lain. Namun nampaknya
pengalaman di Singapuralah yang paling mencabar.
Mengikut buku The Air
Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang
Usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa Inggerisnya
willing to never take no for an answer. Bagi Tony, “Berpeganglah dengan
keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin
dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah
mereka tidak menjadi usahawan.
Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu
mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya”
Akhir sekali,
anda jangan lupa peranan pendidikan
dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow
Member of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan
berkelulusan dari London School of Economics.Sumber Rujukan
No comments:
Post a Comment