Cabaran
Dalaman.
Cabaran dalaman adalah unsur-unsur
yang mencabar kewibawaan seseorang dalam merealisasikan impian. Unsur-unsur ini
boleh memberi rangsangan positif atau negatif bergantung kepada tanggapan atau
cara bagaimana kita mengatasinya.Sebagai contoh, salah satu cabaran dalaman
kepada seseorang usahawan ialah keyakinan terhadap dirinya untuk memulakan
kerjaya sebagai seorang usahawan. Pada peringkat ini, beliau mungkin memikirkan
beberapa natijah atau kemungkinan yang akan berlaku ekoran daripada
keputusannya menjadi seorang usahawan. Antaranya adalah sama ada berjaya (lebih
baik), tiada perubahan (status-quo) atau gagal (lebih teruk).
Masalahnya di sini ialah siapa
yang tahu kemungkinan yang mana akan berlaku! Sekiranya, kita tidak mahu
mengambil cabaran (melupakan keinginan menjadi usahawan) maka kemungkinan
pertama dan ketiga tidak akan berlaku. Dalam ertikata yang lain, perubahan tidak
akan berlaku. Untuk mendapatkan perubahan, usahawan perlu kepada cabaran
dalaman (mencabar dirinya sendiri – “internal push”).
Untuk mengatasi cabaran dalaman,
orang paling baik dapat membantu ialah 'Diri Sendiri'.
Dapatkan nasihat serta pandangan
orang lain. Orang lain ini tidak semestinya, “PAKAR” tetapi seorang yang
berpengalaman, Guru yang paling baik ialah 'Orang yang berpengalaman' yang
kemudiannya akan mendidik ‘pengalaman kita sendiri’.
Bagaimana hendak menimba
pengalaman, kalau kita tidak berani mencuba. Oleh itu, anggaplah cabaran
dalaman itu umpama ranjau-ranjau yang perlu disisihkan di sepanjang perjalanan
tatkala kita memburu cita-cita menjadi seorang usahawan berjaya.
Cabaran
Luaran.
Ia datang dari beberapa
peringkat, antaranya seperti :
·
Cabaran
seperti tentangan daripada keluarga
·
Pendapatan
tetap vs. pendapatan luwes
·
Menambah
pendapatan atau mengurangkan simpanan
·
Pembahagian
masa
Cabaran masyarakat setempat (paradigma mental
yang sempit/cetek)
- · Mengapa nak jadi usahawan?
- · Orang Melayu pandai berniaga ke?
- · Kalau tak kaya – kayap!
- · Lebih suka lihat kegagalan daripada kejayaan
- · Lebih suka mengata daripada memberi sokongan
- · Tengok dan lihat apa akan jadi
Cabaran
peringkat industri
- · Mencari perniagaan yang sesuai
- · Mendapatkan pembiayaan tambahan
- · Mengeksploitasi insentif dan peluang yang ada
- · Memahami kaedah perniagaan “business model” dalam industri berkenaan
- · Mewujudkan “networking” yang relevan
- · Persaingan (cooperate not compete)
- · Produk dan perkhidmatan (quality, price, customer service, branding etc)
Cabaran
peringkat negara
- · Aspek modal dan pinjaman perniagaan
- · Mampukah kita menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi iaitu :
-Sebagai penggerak
utama pengembelingan sumber-sumber negara
-Menambah nilai
(added-value) kepada produk atau perkhidmatan yang diberikan
-Peneraju dengan
memperhebatkan “R & D” dan inovasi yang berterusan