Sunday, March 23, 2014

Robert Kuok Hock Nien Raja Gula yang Kaya dan Berjaya


Saya telah memilih Robert Kuok Hock Nien sebagai salah satu tokoh usahawan yang paling berjaya di Malaysia sebagai hasil  kajian tugasan let's blog bagi subjek ENTREPRENEURSHIP  SKILL  AND BEHAVIOUR (BPME2013) disebabkan beberapa faktor yang menjadikan beliau sebagai salah satu usahawan yang paling berjaya di Malaysia. Beliau seorang yang berusaha keras dalam segala bidang perniagaan yang diceburi.  Beliau percaya  kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih bagi mencapai sesuatu matlamat.

Robert Kuok Hock Nien (Cina Ringkas: 鹤年; Cina Tradisional: 郭鶴年; pinyin: Guō Hènián) (lahir 6 Oktober 1923, di Johor Bahru, Johor), merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.

Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat.

Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.
Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan.

Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.

Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines(MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi.

Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, disamping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri'.
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post. Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la.

Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. Ketika orang lain teragak-agak, Kuok memberanikan diri melabur di Negara bergolak seperti Indonesia pada tahun 1960an dan Filipina pada 1980an. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak empat dekat lalu.

Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang kikatakan 'Rangkaian Bamboo'.

RUJUKAN






Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary Usahawan Melayu yang Berjaya.


   Saya telah memilih Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary iaitu salah satu tokoh usahawan yang sangat berjaya di Malaysia didalam tugasan let's blog bagi subjek Entrepreneurship Skill and Behaviour(BPME 2013) ini adalah kerana beberapa  faktor dalaman yang beliau ada dan patut dijadikan contoh teladan kepada bakal usahawan yang ingin berjaya sepertinya  suatu hari nanti.  Antara faktor- faktor  tersebut ialah, beliau bukanlah seorang  yang mudah berputus asa. Hal ini dapat dilihat  apabila  beliau sentiasa berusaha dengan gigih bagi mengubah nasib hidupnya  yang susah suatu ketika dahulu. Selain itu, beliau  juga  sangat pemurah dalam memberikan pelbagai  bantuan kemasyarakatan  kepada mereka yang tidak mampu atau  memerlukan bantuan. Hal  ini menyebabkan kekayaan yang beliau miliki semakin bertambah dari hari ke hari disebabkan sifat beliau yang tidak lokek dan berkira dalam membantu masyarakat malaysia.


Latar belakang Usahawan.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.

Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.

Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.






Kerjaya perniagaan runcit.

Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.

Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.

Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 % dan 16 %. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.

Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Pada 1979, Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter , iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera. Beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.


Penswastaan pelabuhan.

Syed Bukhari menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia. Beliau membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta dan diberi nama 'Angsa Mas'. Kapal itu mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000). Seterusnya beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Dasar penswastaan dijalankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengurangkan pergantungan kerajaan . Menteri Besar Johor ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin . Syed Mokhtar membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta menerusi program penswastaan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Pelabuhan itu semakin maju hingga berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo.


 Pembinaan Lebuh raya.


Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). MMC dapat kontrak membina Lebuh Raya Pantai Timur iaitu membina lebuh raya sambungan dari Karak ke Kuala Terengganu . Beliau turut memilik saham 22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia . 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 % pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik . Syed mokhtar juga mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia dan Singapura.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC Corp Bhd telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2003.

Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. MMC juga mempunyai tanah di Senai Industrial Park dan membeli Senai Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS). Pada 1 November 2003,SATS mengambilalih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta. Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd. (DRB)miliknya, membeli syarikat kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada harga RM1.29 bilion. DRB-Hicom juga memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia Bhd.




Bersama Isteri tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan semangat.


Kerja kebajikan yang dijalankan.

Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan.

Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.

Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar. Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma.

Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000 jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.

Yayasan ini membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998. Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak masjid untuk menunaikan Haji setiap tahun. Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya [perlu rujukan] di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.

Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatmnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.





rujukan

Wednesday, March 19, 2014

Tan Sri Tony Fernandes Tokoh Usahawan yang Berjaya.

      Saya telah memilih Dato'  Tony Fernandes sebagai salah seorang tokoh  usahawan yang berjaya di dalam blog ini sebagai tugasan individu subjek BPME2013 KEMAHIRAN DAN GELAGAT KEUSAHAWAN disebabkan beberapa faktor seperti faktor jati diri  yang beliau ada sehingga beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.





      Antara nya ialah disebabkan faktor jati diri beliau yang tinggi. Kejayaan luar biasa  selalunya  di hasilkan oleh seseorang yang juga  mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam  setiap langkah  yang dilalui. Pertama  sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang kearah itu. Dalam diri Tony Fernandes,  beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi  Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya  yang luar biasa dalam menjual barangan   kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi  alam perniagaan.


    Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes  memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah  hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan  ubat secara percuma. Tony  sungguh tidak terpikat dengan cara cara bapa beliau berniaga.

     Pada sekilas pandang memang  ada ciri ciri yang serupa  diantara  Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga mengorbankan keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap  terikat dengan prinsip perniagaan berasas keuntungan  dan lestari ( berkekalan).
  
     Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang  dan semangat yang kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau.  Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam  kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras  dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.

    Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan  mampu berdikari di mana sahaja.

     Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactive begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat.  Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika yang diminati  itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak  memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental.

   Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikap reckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau  amat yakin  kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.

      Bagi menentukan kejayaan,   sikap beliau yang fokus  kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko.  Beliau berkata, ” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan  kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim,  Tan Sri Teh Hong Piow  di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft,  Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.



Latar belakang dan pengalaman  Dato' Tony Fernandes.


  Tony Fernandes yang kini berusia 50 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis  Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.

  Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987. Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.

  Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara. Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.

Kejayaan  Air Asia dan cara Dato’ Tony Fernandes membnagunkan Air Asia.

  Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia. Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.

   Kisah kejayaan Syarikat Air Asia yang diterajui beliau bermula apabila Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001 melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna . Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.

   Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.

  Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Ferdandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:
·         Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;

·         Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari         Australia;

  • ·         Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan   Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.


Fernandes juga  telah menerima banyak anugerah seperti :

  • ·         "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
  • ·         "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
  • ·         "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
  • ·         "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.


Cara cara Tony menempuhi Halangan

   Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima  ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.  Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan  yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih  boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil  menganggap detik detik pahit yang dilalui  hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.

  Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang  bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan  Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.
Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini  membantu Air Asia mengukuhkan daya saing  ketika berhadapan dengan Malaysia  Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.

  Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi  sama ada di Asia ataupun  atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang paling mencabar.
Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa Inggerisnya willing to never take no for an answer. Bagi Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah  mereka  tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya”
Akhir sekali, anda  jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economics.


Sumber Rujukan